Berita

COVID: 19,733 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

SARAWAK mencatatkan 3,200 kes baharu. Kredit foto: FB Dr Noor Hisham
- Diterbit 8 September 2021 9:21 AM MYT

SEBANYAK 19,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut iaitu 3,100 kes hari ini.

Semalam, Sarawak mencatatkan 3,200 kes baharu, manakala pada Isnin 3,714 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini mencecah 1,900,467 kes.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,989 kes diikuti Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471) dan Perak (1,319).

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah empat angka adalah Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (7). — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas