Berita

DBKL telah tebang 61 pokok berisiko

SEBANYAK 61 batang pokok yang dikategorikan berisiko tinggi telah ditebang manakala arahan kerja segera untuk penebangan baki 21 batang pokok lagi telah dikeluarkan dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2024. Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) LAr. Zulkifli Endut berkata terdapat beberapa kategori pokok

Berita

100 pokok baharu untuk setiap pokok yang dipotong – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Datuk Seri Sr Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam 100 pokok baharu bagi pokok yang terpaksa dipotong. “Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” 

Berita

Sedia garis panduan pemeliharaan pokok

PERSATUAN Arborist Malaysia (PArM) menggesa pihak berkepentingan meningkatkan pemeriksaan secara berkala serta menyediakan garis panduan pemeliharaan pokok-pokok bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang berlaku lagi. Presidennya, Mohd Zailani Jamil berkata kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika terdapat satu garis panduan berhubung penjagaan dan penyeliaan pokok-pokok yang sewajarnya kepada semua pihak tertentu.

Berita

Peniaga selesa di Kompleks Jalan Raja Bot

TINDAKAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan 64 peniaga di Jalan Lorong Muhibbah ke penempatan baharu di Kompleks Jalan Raja Bot, Chow Kit April lalu membawa kelegaan kepada para peniaga. Rata-ratanya bersyukur kerana diberi kawasan yang lebih selesa dan terjamin dari segi keselamatan untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Berita

DBKL terus gempur penjaja warga asing

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan dan perniagaan kecil tanpa lesen sah di sekitar ibu kota. Menerusi hantaran di laman Facebook, Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL telah menjalankan empat operasi berasingan di beberapa kawasan hot spot dan tindakan telah diambil membabitkan 29 warga asing.

Berita

Bina struktur tanpa kebenaran berisiko tinggi

PEMBINAAN struktur tanpa kebenaran amat berisiko tinggi berikutan ia jelas melanggar undang-undang serta menimbulkan situasi kacau ganggu terhadap komuniti setempat. Bertindak atas aduan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal dan Pejabat Cawangan Segambut melaksanakan tindakan meroboh struktur tanpa kebenaran di Jalan Burung