Berita

Bengkel media sosial buat warga Putrajaya dan sekitar

SEKITAR Bengkel Content Creator Usahawan Komuniti Putrajaya 2023.
- Diterbit 5 Januari 2024 11:30 AM MYT

PADA era moden ini, kaedah pemasaran konvensional sudah menjadi kurang sesuai untuk sampai ke sasaran yang lebih besar. Penggunaan teknologi perlu diguna pakai sepenuhnya, sekurang-kurangnya menggunakan kaedah pemasaran digital untuk perniagaan anda.

Justeru itu, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil inisiatif melaksanakan Bengkel Media Sosial Content Creator Usahawan Putrajaya yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Januari ini bertempat di Hotel Mercure, Shaw Parade Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, tujuan pelaksanaan program adalah untuk memberi latihan kepada usahawan bagi menghasilkan iklan dan promosi yang terbaik di media sosial di samping meningkatkan pendapatan mereka.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, ayuh cepat mendaftar kerana penyertaan dan tempat terhad kepada 35 orang sahaja.

Buat para usahawan Putrajaya dan kawasan sekitarnya yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut, yuran akan dikenakan sebanyak RM100 seorang.

Bengkel content creator yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu menawarkan pelbagai cara untuk membantu memasarkan produk atau perkhidmatan anda dengan lebih kreatif dan mampu berdaya saing dalam dunia perniagaan global.

Dalam pada itu, dengan menyertai bengkel ini, anda juga akan didedahkan dengan SEO strategy, video editing, content beg kuning, live marketing, script live dan macam-macam lagi modul yang akan dikongsikan kepada peserta selama dua hari penganjuran program.

Sila layari laman sesawang https://ppj.my/bengkelmediasosial2 untuk pendaftaran. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Januari 2024 (Sabtu).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi di talian 019-385 1544 (Perbadanan Putrajaya). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas