Berita

Bank Islam tawar peluang tonton perlawanan akhir Liga Juara UEFA

MIZAN (kanan) bersama Pengurus Negara, Mastercard Malaysia dan Brunei, Beena Pothen pada Majlis Pelancaran Kempen Kredit-i Bank Islam Mastercard ‘Trip to UEFA 2023’ di Menara Bank Islam baru-baru ini.
- Diterbit 15 April 2023 2:00 AM MYT

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan peluang kepada pemegang Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di Turkiye menerusi Kempen ‘Trip to UEFA 2023’.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan-Runcit Bank Islam, Mizan Masram berkata pelanggan yang berbelanja dengan menggunakan kad
kredit tersebut di sepanjang tempoh kempen layak menerima satu unit kelayakan pada setiap pembelian runcit atau dalam talian yang bernilai RM100 dan dua unit kelayakan untuk setiap RM100 yang dibelanjakan di luar negara.

“Hadiah utama kempen ini terdiri daripada dua tiket menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA, dua tiket penerbangan pergi-balik ke Turkiye, penginapan mewah selama 4 hari 3 malam dan elaun bernilai USD250.

 

“Bukan itu sahaja, Bank Islam turut memberikan hadiah sagu hati termasuk barangan eksklusif bertemakan UEFA, mata ganjaran TruPoints sehingga 30,000 dan baucar Adidas,” ujarnya pada pelancaran kempen tersebut di Menara Bank Islam baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mizan menjelaskan penganjuran kempen yang sedang berlangsung pada 1 sehingga 30 April ini bertujuan untuk menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan Bank Islam terhadap produk dan perkhidmatannya selama ini.

“Ia juga dapat menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai, sekali gus memacu penerimaan pembayaran digital di samping menyokong aspirasi negara ke arah pembentukan masyarakat tanpa tunai,” tambahnya yang memberitahu senarai pemenang kempen akan diumumkan dalam bulan Mei ini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan boleh melayari laman web www.bankislam.com/ucl23. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas