Berita

Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini

KREDIT foto: Facebook BAM.
- Diterbit 6 April 2024 10:55 PM MYT

PEMINAT badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin ini untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dari  21-26 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal (early bird) dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan tempat duduk mereka pada kadar diskaun.

BAM juga telah memperkenalkan kategori ‘Platinum’ untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori ‘Superfan’.

“Perubahan ini bertujuan meningkatkan akses untuk peminat dengan kategori “Platinum’ kini tersedia dengan tawaran awal,” menurut BAM dalam kenyataan malam ini.

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.ticket2u.com.my– BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas