Berita

PM utus takziah kepada keluarga Datuk Mutang Tagal

- Diterbit 10 Mei 2024 4:49 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Anwar turut mendoakan supaya keluarga mending tabah berdepan dugaan itu.

“Mendiang adalah orang Dayak pertama dilantik sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara dan ia pastinya satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak dan negara.

“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat selama-selamanya,” katanya.

Terdahulu, mendiang telah menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada hari Isnin, 6 Mei lalu daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu dari etnik Lun Bawang yang pertama dilantik ke jawatan itu dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas