Selebriti

Aman Shah meninggal dunia di IJN

Anne Abdullah.
- Diterbit 14 September 2022 8:15 AM MYT

PENYANYI popular yang terkenal dengan lagu raya Kepulangan Yang Dinanti, Aman Shah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Menurut sumber, Aman atau nama penuhnya Aman Shah Abu Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.20 petang di Institut Jantung Negara.

WARTAWAN popular Huzz juga menerima Khabar duka pemergian Aman Shah daripada rakan pelakon, Anne Abdullah.

Dikhabarkan, arwah yang juga terkenal menerusi filem Darah Satria itu mengalami masalah jantung sebelum dibawa ke IJN untuk mendapatkan rawatan.

Arwah dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak minggu lalu dan menjalani pembedahan semalam akibat komplikasi jantung. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas