Inai Che Ta sasar bantu 1 juta wanita di Malaysia

Inai Che Ta sasar bantu 1 juta wanita di Malaysia

SEJAK empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.

Malah hingga kini lebih 1000 pengedar berdaftar berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.

Enggan berpeluk tubuh dan terus selesa dengan apa yang ada, jenama itu terus optimis mahu membantu 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.

CHE Ta mahu bantu ramai wanita untuk menjana pendapatan.

Kata Rozita atau Che Ta yang turut bertindak sebagai pengasas bersama dan duta ‘kecil’ jenama inai berkenaan, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.

“Macam kami sering tekankan rezeki itu ada di mana – mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai kala ini, tapi tak kisah sekalipun sengit persaingan… kita terus berusaha.

“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.

“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan sengit dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami nak menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” kata Che Ta.

ANAS Zahrin dan Che Ta bersyukur produk Ina Che Ta mendapat sambutan menggalakkan.

Che Ta yang juga isteri kepada Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari hingga menjadi ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa kaum Hawa.

“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.

“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.

“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepi rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.

ANAS Zahrin dan Che Ta bersama Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani di Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.

Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.

“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.

“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.

“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini.

“Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.

“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib.Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” kata Che Ta.

Sementara itu, Anas berkata, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.

“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.

“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai… ingat Che Ta.

“Persahabatan tulus kami kini memang sejak sekian lama juga menjadi cerminan dan nadi yang berjaya membentuk kepada rakan niaga terbaik. Untuk belian atau pertanyaan untuk sertai Skuad Inai Che Ta boleh terus ke Instagram @mazaville,” kata Anas.

INAI Che Ta dan produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta terus mendapat sambutan hebat.

Berkenaan inai berkenaan yang diiktiraf telap air dan sah solat itu, Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.

“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial.

“Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.

“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya penuh kesyukuran.

MERIAH acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana, semalam.

Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood yang sangat meriah di Glam Hall, Damansara Perdana pada 15 September lalu bagi meraikan semua yang menyokongan perjalanan Inai Che Ta termasuk Keluarga, Rakan – rakan, media dan juga Skuad Inai Che Ta.

Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta berharga RM19.90.

Terdahulu Jun lalu, di premis acara sama, sebuah acara memperkenalkan jenama inai itu diadakan.

Malah serentak turut diadakan majlis berinai besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinan Che Ta dan Zain yang bakal genap 10 tahun pada 11 Disember depan. – WILAYAHKU

Share This