Berita

155 dilatih menerusi Program Latihan Pengasuh KPS Berhad

KUALA LUMPUR, Oct 6 -- Deputy Chief Executive Officer (Finance and Corporate Services) Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad Suzila Khairuddin during an interview with Bernama before the Graduation Ceremony Class 2022 KPS at a hotel in Kuala Lumpur on Thursday.
- Diterbit 7 Oktober 2022 9:00 AM MYT

PROGRAM Latihan Pengasuh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berjaya menyediakan latihan penjagaan warga emas kepada 155 pengasuh bebas sejak Program Latihan Pengasuh diperkenalkan pada 2019.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Kewangan dan Perkhidmatan Korporat) Suzila Khairuddin berkata program itu memberi tumpuan kepada usaha memenuhi keperluan khas dan unik warga emas, termasuk perkhidmatan seperti bantuan hidup, jagaan harian dewasa, jagaan jangka panjang, rumah penjagaan, penjagaan hospis dan penjagaan di rumah.

“Bagi kelas teori, peserta diajar oleh jurulatih terlatih di bawah Cality Care Malaysia, manakala latihan praktikal (untuk pelatih) dijalankan di rumah warga emas yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO),” katanya kepada Bernama pada majlis graduasi Program Latihan Pengasuh KPS, semalam.

Program Latihan Pengasuh KPS adalah selaras dengan objektif Program Pembangunan Keusahawanan KPS Berhad untuk meningkatkan kemahiran vokasional dan projek perniagaan yang meningkatkan taraf sosialekonomi peserta.

Menerusi program ini, pengasuh bebas juga berupaya menjana pendapatan lebih RM1,500 sebulan, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cality Care Malaysia James Kim berterima kasih kepada KPS Berhad kerana membiayai dan memberi sokongan berterusan kepada Cality Care Malaysia untuk menganjurkan latihan di bawah Program Latihan Pengasuh KPS.

Beliau berkata Cality Care Malaysia telah diberikan prakelulusan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk mengubah modul latihan Cality Care agar menepati pensijilan akreditasi kebangsaan di bawah skim Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

“Adalah menjadi hasrat Cality Care dapat meneruskan hubungan dengan KPS dan mengubahkan kesemua pengetahuan latihan pelatih agar dapat memperoleh sijil akreditasi kebangsaan pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas