Berita

PM akan sampaikan perutusan khas 3 petang ini

|
- Diterbit 10 Oktober 2022 5:35 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan akan menyampaikan perutusan khas dipercayai berhubung pembubaran Parlimen.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan Facebook (FB) pada pukul 3 petang pada Isnin.

Pada Ahad, akhbar tempatan melaporkan Ismail Sabri dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustain Billah untuk memohon pembubaran Parlimen sebelum baginda berlepas ke London untuk melawat Raja Charles III yang baru menaiki takhta.

Beliau juga dijangka mengadakan pertemuan dengan menteri kabinet dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi memaklumkan bahawa sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.-WILYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas