Selebriti

Zara Zya hargai pengorbanan ‘rider’, sediakan pek makanan

- Diterbit 1 Julai 2021 2:04 AM MYT

DEMI mengahargai ‘rider’atau penghantar makanan, pelakon popular Zara Zya merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan.

Bagaimanapun aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat berkenaan

“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.

“Namun saya berasakan lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” kata Zara.

Menurut Zara, golongan penghantar makanan juga menjadi ‘frontliners’ atau pekerja barisan hadapan selama ini demi perut pelanggan ketika zaman pandemik COVID-19.

“Mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko, jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu untuk golongan ini. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada golongan berkenaan.

“Saya sendiri antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang mereka perlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.

“Daripada situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran.

“Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya.

Sebagai permulaan, Zara Zara akan meletakkan pek sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam.

“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak.

“Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya

Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan ke Instagram @malaysia.prihatin.

Atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385 – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas