Selebriti

Tony Spider meninggal dunia

- Diterbit 30 Jun 2021 1:49 AM MYT

BEKAS pemain bass kumpulan rock terkenal Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi ini, di studio rakaman Luncai Emas milik komposer Datuk M Nasir di Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman tersebut.

Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3 pagi.

Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular dalam negara yang mendapat didikan dan asuhan sifu M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.
Sama-sama kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas