Berita

Zara Zakiah Education hantar pelajar ke luar negara

KETUA Pegawai Eksekutif Zara Zakiah Education Sdn Bhd, Anwar Shamsudin (empat dari kiri) selepas majlis penyampaian sijil penyertaan Kem Motivasi Education Adventure kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara di Semenyih Eco Resort & Reacreation baru-baru ini.
- Diterbit 6 Julai 2022 1:30 PM MYT

ZARA Zakiah Education Sdn Bhd meneruskan program penghantaran pelajar seliaan agensi tersebut ke luar negara yang membabitkan 100 orang dalam pelbagai bidang dan peringkat pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Shamsudin berkata, program tersebut sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian dalam perubatan, pergigian, veterinar, farmasi dan pengajian Islam.

KETUA Pegawai Eksekutif Zara Zakiah Education Sdn Bhd, Anwar Shamsudin (empat dari kiri) selepas majlis penyampaian sijil penyertaan Kem Motivasi Education Adventure kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara di Semenyih Eco Resort & Reacreation baru-baru ini.

Hasrat tersebut dinyatakan selepas beliau menyampaikan sijil kepada para peserta yang mengikuti Program Kem Motivasi – Education Advanture (Eduventure) selama tiga hari dua malam di Semenyih Ecoventure Resort and Recreation di sini baru-baru ini.

Para pelajar akan ditempatkan di beberapa Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah dikenal pasti di sana dan akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Antara negara yang menjadi pilihan Mesir, Rusia, Indonesia, Australia dan Bangladesh.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, seramai 32 orang pelajar akan dihantar yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Matrikulasi dan Diploma daripada Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pusat Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Mereka telah mendaftar di bawah pengurusan Zara Zakian Education sejak awal tahun lagi,” ujarnya

PESERTA Kem Motivasi Education Adventure melakukan aktiviti dalam air.

 

Pihaknya menyasarkan seramai 200 orang pelajar akan dihantar dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang profesional yang ditawarkan.

“Kami menyasarkan lebih ramai pelajar berpeluang untuk mendapat pendidikan di luar negara dan bergantung kepada kuota yang diberikan oleh pihak universiti di sana.

“Berdasarkan pengalaman kami, pelajar lulusan luar negara lebih mantap dari segi pemikiran, keluar daripada zon selesa seperti membuka klinik sendiri, menyambung pengajian di peringkat pakar dan berhijrah ke luar negara untuk menimba lebih banyak pengalaman hidup,” katanya.

MOHD Amir Esmady bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Apa yang lebih menarik jelasnya, kesedaran ibu bapa dalam kalangan isi rumah berpendapatan sederhana sudah mampu menghantar anak-anak belajar semakin meningkat. Buat masa ini tidak tepat jika timbul persepsi hanya anak-anak dari kalangan kaya dan berada yang layak ke sana.

“Sudah ramai keluarga sederhana mampu menyediakan anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM200,000 untuk tempoh lima tahun. Bayaran tersebut termasuk kos yuran universiti, tempat tinggal, makan minum serta tiket kapal terbang,” katanya.

Anwar menambah, kem motivasi yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di tempat serba baharu di samping pelajar dapat mengenali satu sama lain sebelum berangkat ke luar negara.

NUR Irdina Balqis Rohimin memilih Bangladesh untuk bergelar doktor gigi.

Mereka akan berhadapan dengan perbezaan budaya dan agama, berlainan cuaca, makanan, cara hidup dan persekitaran.

Sepanjang kem ini berlangsung, pelbagai aktiviti diadakan untuk menguji keupayaan fizikal termasuk mendaki bukit dan membina sendiri tanpa bantuan profesional – do it youself (diy) bot untuk menyelamatkan diri serta terjun dari kawasan tinggi (flying fox).

“Aktiviti ini sekaligus melatih kekuatan mental supaya mereka cepat membuat keputusan jika berhadapan dengan masalah.

“Apabila peringkat awal pelajar telah berjaya menyesuaikan diri, hasilnya akan lahir kumpulan graduan lulusan luar negara yang mempunyai jati diri yang tinggi, berani, tidak mudah berputus asa dan sering mencabar keupayan diri,” ujarnya lagi.

Selain program tersebut katanya, dua program susulan diadakan. Antaranya kelas persediaan bahasa yang bakal dijalankan selama dua minggu dengan mendedahkan pelajar mengenali kemahiran asas komunikasi di negara yang bakal ditujui.

Selain itu, taklimat perlepasan juga akan diadakan sebagai persediaan akhir pelajar sebelum berangkat ke destinasi masing-masing.

Sementara itu, salah sorang peserta, Muhammad Amir Esmady, 20, dari Putrajaya dan telah menamatkan Matrikulasi pada tahun lalu, melahirkan kesyukuran.

Menurutnya kem tersebut menyakinkan dia dengan keputusannya apabila bersetuju melanjutkan pelajaran ke Mesir dan bakal bergelar Doktor Gigi apabila tamat pengajian kelak.

“Sebelum menyertai kem, saya kurang yakin untuk belajar di luar negara tetapi aktiviti yang dijalankan sangat membantu.

Malah ibu saya sudah bercadang akan menyediakan seorang ustazah untuk belajar asas bahasa Arab sebagai persediaan untuk ke sana pada bulan September nanti,” ujar anak bongsu dari empat adik beradik .

Bagi Nur Irdina Balqis Rohimin, 19, pula teruja melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di Dhaka Dental College, Bangladesh pada awal tahun hadapan.

Bekas pelajar SMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini berkata, walau pun memahami situasi yang bakal di hadapi namun beliau telah bersedia lebih awal.

“Saya sedia maklum bagaimana kehidupan di sana, persekitaran dan cara hidup namun saya mahu mengalami pengalamannya di samping memberi fokus kepada pengajian di universiti.

“Kem motivasi ini juga banyak membantu saya memahami erti perkongsian dalam kumpulan, lebih faham kenapa perlu membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Saya berharap kami bersama-sama bersemangat untuk ke luar negara dan pulang dengan kejayaan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas