Selebriti

Zamani akhiri zaman bujang

ZAMANI KAHWIN
ZAMANI dan isteri tersenyum manis usai majlis pernikahan mereka.
- Diterbit 21 September 2019 7:56 AM MYT

HAMPIR 14 tahun berkawan akhirnya penyanyi popular Zamani Ibrahim menyunting rakan baiknya Nur Juliana Abdul Rani sebagai suri hidupnya.

Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu diraikan dalam majlis pernikahan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Pada majlis yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur itu, Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan 7 berbalas 9.

Kedua-duanya bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Difahamkan majlis resepsi pasangan mempelai ini akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas