Berita

YWP ‘tak menang tangan’ urus Skim Mikro Kredit

PENJAJA boleh membuat pinjaman Mikro Kredit bagi memperbesarkan perniagaan mereka. - Gambar hiasan
- Diterbit 19 Februari 2020 11:07 AM MYT

KUALA LUMPUR – Sejak permohonan pinjaman mudah melalui Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan (SMKWP) dengan nilai maksimum RM5,000 dibuka semalam, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaizalnizam Zainun berkata, selepas diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad, Isnin lalu, orang ramai mula membanjiri lobi YWP bagi mendapatkan borang permohonan.

“Amat menggalakkan kerana orang mula datang bertanya dan minta borang permohonan,” katanya ketika dihubungi Wilayahku di sini hari ini.

Menjelas tentang warga Labuan yang ingin memohon, ujar Zaizalnizam, penduduk pulau tersebut boleh mendapatkan borang secara atas talian di laman web YWP, https://www.yayasanwp.org/ atau talian 03 2698 3073 / 2073 untuk maklumat lanjut.

Jelas beliau, wakil YWP di Labuan juga akan dimaklumkan kemudian.

Bagi pembayaran pula, katanya, bayaran boleh dibuat secara atas talian yang mana mekanismenya akan dinyatakan dalam masa terdekat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas