YWP buat lawatan rasmi ke MAIWP
ABDUL RAHMAN (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi MAIWP, Mohd Daud (empat dari kanan) sejurus lawatan di pejabat MAIWP pada Rabu.

YWP buat lawatan rasmi ke MAIWP

KERJASAMA. Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Abdul Rahman Siraj bersama delegasi YWP melakukan kunjungan hormat kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar di pejabatnya pada Rabu.

Kunjungan itu turut disertai Pengurus Besar Jabatan Media dan Komunikasi Strategik, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir; Pengurus Besar Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T), Zahrulail Abdul Rahman serta Pengurus Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP), Kamaruzaman Mustapha.

Dalam pertemuan selama kira-kira dua jam itu menyaksikan kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dua hala di antara YWP dan MAIWP dalam usaha menaik taraf pembangunan komuniti dan kemahiran. -WILAYAHKU

Share This