Agama

YEG lancar portal pembelajaran haji dan umrah E-hajj.my… Jadi ‘one stop centre’

MAJLIS pelancaran portal berkenaan di Malakat Mall, Cyberjaya pada 31 Januari baru-baru ini.
- Diterbit 4 Februari 2023 3:02 AM MYT

SATU perkembangan positif dalam bidang haji dan umrah apabila YEG Academy (M) Sdn. Bhd. (YEG) telah melancarkan portal E-hajj.my sebagai pusat setempat (one stop centre).

Pelancaran portal pembelajaran haji dan umrah pertama di Malaysia ini adalah dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training Centre (AMTC) dan Akademi Belajarlah.

Pengarah Urusan YEG Academy, Hasan Ithnin berkata, E-hajj.my diwujudkan bukan sahaja untuk memudahkan pelajar mengikutinya secara online, malah ia turut dibuka kepada orang ramai bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan haji dan umrah.

MAJLIS pelancaran portal E-hajj.my di Malakat Mall, Cyberjaya pada 31 Januari baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, nama pelajar dari Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (anjuran YEG) yang layak menjadi mutawif akan diletakkan dalam portal E-hajj.my sekali gus memudahkan pemain industri untuk mencari pekerja bertauliah.

“Portal ini memudahkan pemain industri, iaitu agensi pengurusan jemaah yang bakal menunaikan umrah dan haji mendapatkan pekerja bertauliah dalam bidang berkaitan.

“Ini kerana senarai nama pelajar yang telah tamat mengikuti pengajian diploma ini sehingga lulus dan layak untuk menjadi mutawif dimasukan dalam portal E-hajj.my ini,” ujarnya dalam majlis pelancaran portal berkenaan di Malakat Mall, Cyberjaya pada 31 Januari baru-baru ini.

PENGARAH Urusan YEG Academy, Hasan Ithnin.

Turut hadir ialah Pengarah Pemasaran YEG, Azizulhakim Suhaimi; Pengerusi Bumitra Malaysia (Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia), Harun Kc Ahmmu; dan Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif, Shahawati Umar.

PELANCARAN portal E-hajj.my sebagai pusat setempat (one stop centre) adalah satu perkembangan positif dalam pembelajaran umrah dan haji.

Tidak ketinggalan hadir, Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, PU Amin; dan Pengerusi Kolej Antarabangsa Inovatif, Datuk Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung perasmian fakulti berkenaan dan perjanjian persefahaman (MoU) bersama beberapa agensi pelancongan umrah dan haji tempatan termasuk Andalusia Travel & Tours, Simply Umrah Travel Services Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

HASAN (kanan), Azizulhakim (kiri), Shahwati (dua dari kiri) bersama Al-Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash.

Kerjasama ini dilihat penting bagi memastikan silibus DHUMY menepati piawaian di bawah program diploma yang dijalankan menerusi kempen YEG Pesta Sambung Belajar.

 

Berpindah ke Cyberjaya disebabkan permintaan tinggi

Fakulti Pengajian Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) merupakan sebuah fakulti pendidikan yang mengetengahkan bidang diploma berkaitan pengurusan haji dan umrah dibawah kelolaan YEG Academy (M) Sdn. Bhd.

Penubuhan fakulti ini bergerak dengan kerjasama sebuah institusi pendidikan, Kolej Antarabangsa Inovatif yang terletak di Kelana Square, Kelana Jaya.

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap diploma ini, jumlah kemasukan pelajar juga telah semakin meningkat. Oleh itu, demi memberikan fasiliti yang lebih baik dan persekitaran yang lebih kondusif kepada para pelajar, Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah telah berpindah ke Cyberjaya.

PU Amin merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah bawah YEG.

Berikutan dengan ini juga, dua pensyarah baru yang dikhususkan dalam bidang komunikasi dan akidah dan sahsiah para pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) bakal dilantik untuk menambah baik struktur pendidikan dan kokurikulum graduan diploma ini.

Tuan Haji Badrul Sani telah dilantik sebagai pensyarah kanan yang menggantikan Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.

Beliau merupakan seorang yang telah diperakui kelulusan dalam Neuro Linguistik program (NLP) serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang komunikasi.

Sehubungan dengan itu, pensyarah yang bertanggungjawab dalam urusan akidah dan sahsiah DHUMY pula adalah Al- Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash As-Syafie al-Husainiy.

Beliau mempunyai kelulusan PhD dalam pengajian Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) beserta mendapat kelulusan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajar pengajian Islam.

Bagi memastikan silibus DHUMY menepati salah satu piawaian bawah program diploma yang dijalankan oleh YEG Pesta Sambung Belajar iaitu inovasi modul program yang relevan dengan dunia kerja terkini bersama bimbingan tenaga pakar industri, beberapa memorandum persefahaman (MoU) bersama agensi-agensi pelancongan di Malaysia bakal dipersetujui.

 

Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) YEG Pesta Sambung Belajar

Diploma Pengurusan Haji dan Umrah yang berjalan bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja adalah bertujuan untuk mengetengahkan program diploma yang dikira agak baru di pasaran pendidikan.

Mahupun begitu, selaras dengan isu terkini di bidang pendidikan iaitu 72% pelajar lepasan SPM yang tidak berminat untuk sambung belajar kerana kebanyakan mereka tertarik untuk terus bekerja, YEG Academy (M) Sdn. Bhd. mengetengahkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah kepada semua rakyat Malaysia.

Sambungan daripada kempen YEG Pesta Sambung Belajar pada tahun 2022 dengan tanda pagar #jangansalahpilihbidang, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah merupakan bidang sambung belajar yang telah diinovasi untuk lebih relevan kepada para pelajar lepasan SPM.

Oleh kerana ramai anak muda yang lebih tertarik untuk terus menceburi bidang pekerjaan, diploma yang hanya memakan masa pendek selama dua tahun setengah ini mampu memberikan pengalaman dan kemahiran terbaik buat golongan lepasan SPM kekal relevan dalam industri kerjaya.

Kegusaran para pelajar untuk mendapatkan pekerjaan setelah selesai pengajian juga dapat ditangani kerana keadaan semasa industri haji dan umrah bakal berkembang dan memerlukan lebih ramai tenaga industri mahir untuk membantu para jemaah yang dijangka akan meningkat.

Lebih menarik lagi apabila usaha ini juga mendapat sokongan oleh pakar-pakar industri seperti syarikat-syarikat pelancongan islamik, Andalusia Travel and Tours dan Simply Umrah. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas