Berita

‘Wonder Winnie’ sumbang tiga emas

AKSI Winnie ketika berjaya membuat pecutan pada 50m terakhir, Ahad lalu.
- Diterbit 25 September 2022 1:00 AM MYT

DIGELAR ‘Wonder Woman’ apabila berjaya membuat pecutan pada 50 meter (m) terakhir dalam acara 4x400m meninggalkan Sabah di belakang dalam SUKMA XX MSN 2022, Ahad lalu, Eng May Xin Winnie, 23, mengakui masih tidak mempercayai kebolehannya itu.

“Saya sangat bangga, terharu dan masih tidak percaya kerana mampu merangkul tiga pingat emas pada hari yang sama. Namun, saya puas kerana berjaya menyumbang pingat buat kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers).

“Ini merupakan penampilan keempat dan terakhir saya dalam SUKMA selepas menamatkan saingan dengan meraih pingat emas pada edisi 2018 di Perak. Tahun ini, saya kembali beraksi dan bersyukur kerana berjaya mempertahankannya,” ujarnya kepada Wilayahku.

Kongsinya, bukan mudah untuk menyesuaikan diri dalam masa yang singkat dari padang ke acara trek tetapi dia tekad melakukannya sehabis baik meskipun jadual sehariannya begitu padat.

“Tempoh persediaan untuk mengharungi temasya ini agak terhad tetapi saya tetap mementingkan latihan secara konsisten setiap hari. Dengan latihan, kerja keras, usaha serta fokus, saya yakin semua orang boleh berjaya,” katanya.

Pelajar jurusan Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini mengakui dia sentiasa menetapkan sasaran untuk pergi lebih jauh lagi seterusnya layak ke Sukan Olimpik suatu hari nanti.

Menjadikan atlet trek dan padang British, Jessica Ennis sebagai idola, anak kelahiran KualLumpur ini ingin menyumbang lebih banyak pingat emas dan mengharumkan nama negara pada masa hadapan.

“Saya merupakan satu-satunya dalam keluarga yang terlibat dengan sukan. Jadi, sudah tentu saya tidak mahu menghampakan harapan keluarga yang menjadtulang belakang selama ini,” ujar anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini.

Terdahulu, Winnie berjaya mengungguli acara 100m lari ber[1]pagar, 4x400m dan heptatlon sekali gus menyaksikan pertambahan pingat emas buat kontinjen Wipers pada temasya SUKMA XX. Dia menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa terbaik peribadi iaitu 14.55 saat dalam acara 100m lari berpagar dan heptatlon dengan kutipan mata sebanyak 4,913. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas