Berita

Wilayah Persekutuan juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan 2019

NORIZAN (dua kiri, belakang) bersama pasukan Wilayah Persekutuan.
- Diterbit 6 November 2019 11:48 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Pasukan Bola Jaring Kuala Lumpur berjaya dinobatkan sebagai Johan pada Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Pada kejohanan tersebut, pasukan Kuala Lumpur berjaya mengalahkan pasukan Perak dengan jaringan 53-35.

Menurut Jurulatih Bola Jaring Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norizan Rajab, 50, pasukan Wilayah Persekutuan berjaya melakukan tugasan yang amat cemerlang serta membanggakan.

“Alhamdulillah ini satu peningkatan yang hebat yang mana kita menang pada keseluruhan perlawanan. Sementera ketika bertemu pasukan Perak pada perlawanan akhir, pasukan berjaya mengatasinya dengan jurang mata yang agak besar,” ujarnya kepada Wilayahku.

Mengulas lanjut tentang pemilihan dua orang pemain sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan melalui Nordiyanah Noorsabadinee, 19 dan Nur Amisya Khairuddin, 20, Norizan menyifatkan kedua-duanya adalah tunggak utama pasukan.

“Memang itu sasaran kita pada permulaanya dengan mengetengahkan kedua-duanya yang merupakan pemain kebangsaan kategori junior bawah 21 tahun,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selepas ini pasukan dibawah bimbingannya itu akan memberi tumpuan pada Sukma 2020 yang akan berlangsung di Johor.

Terdahulu Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan 2019 berlangsung selama dua hari mulai 4 hingga 6 November 2019. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas