Berita

Taman Etnobotani jadi pusat konservasi, penyelidikan

TAMAN Etnobotani terletak di kawasan berhampiran Taman Botani.
- Diterbit 7 November 2019 5:54 AM MYT

TAMAN Etnobotani merupakan sebuah taman kecil yang berada di dalam Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Ia juga merupakan salah satu daripada 18 kawasan yang akan dibangunkan bagi meningkatkan jumlah kawasan hijau di bandar.

Selain itu, landskapnya yang cantik dan dilengkapi trek serta kawasan riadah, Taman Etnobotani pasti menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara di samping kehadiran para penyelidik yang ingin mengetahui serta mengkaji tumbuhan di negara ini kerana ia turut dijadikan pusat konservasi dan penyelidikan.

ANTARA tumbuhan herba yang ditanam di Taman Etnobotani.

Dibangunkan pada 2012 hingga 2015, iaitu Fasa 2 yang melibatkan pembangunan komponen fizikal. Taman berkenaan menjadi sebahagian daripada kawasan konservasi dan pusat pembelajaran mengenai tumbuhan serta kegunaannya.

Di sini, pelbagai koleksi spesis daripada famili Palmae, Dipterocarpacea, Leguminosae, Rubiaceae, Rutaceae dan Zingiberaceae ditampilkan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas