Berita

WHBC 2021: Peranan industri halal dalam pemulihan ekonomi global

(HDC)
- Diterbit 29 Ogos 2021 7:31 AM MYT

PERSIDANGAN Perniagaan Halal Sedunia 2021 (WHBC 2021) anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) bakal membincangkan tentang peranan dan sumbangan industri halal terhadap pemulihan ekonomi secara global.

WHBC 2021 edisi ke-13 yang akan membuka tirainya pada 9 September ini pertama kali dianjurkan secara maya.

Kira-kira 3,000 delegasi dari 35 negara dengan wakil daripada pel-
bagai sektor temasuk agensi kerajaan, pakar industri, pembuat po-
lisi, ahli akademik dan juga orang awam akan menyertai acara ta-
hunan tersebut.

Antara delegasi yang akan mengambil bahagian adalah wakil dari
Australia, Kanada, Senegal, Afrika Selatan, Taiwan dan United
Kingdom.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad
(HDC), Hairol Ariffein berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak hujung 2019 memberi kesan serta membantutkan usaha pelbagai industri dalam per-
saingan mencapai matlamat pasaran halal global menjelang 2030.

“Konteks halal di sini bukan sahaja merujuk kepada makanan dan
minuman mengikut landasan Islam, tetapi lebih luas merangkumi
kepelbagaian produk dan perkhidmatan dalam bidang kesihatan,
perubatan, kosmetik dan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KETUA Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad
(HDC), Hairol Ariffein

Hairol menjelaskan, industri halal di Malaysia telah berkembang un-
tuk menjadi salah satu peneraju pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, sektor makanan dan minuman halal, termasuk sek-
tor bahan-bahan halal telah menyumbang lebih 85 peratus daripa-
da eksport halal keseluruhan Malaysia.

Sementara itu, kosmetik halal, produk penjagaan diri, industri ki-
mia dan farmaseutikal halal pula menyumbang 13.1 peratus kepa-
da eksport halal keseluruhan Malaysia pada suku pertama 2021.

“Industri halal kini menyumbang 15 peratus kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), peranan dan sumbangan industri ini
dalam melindungi kehidupan dan kesihatan setiap rakyat menjadi
perkara yang sangat penting hari ini,” jelasnya.

WHBC 2021 edisi ke-13 yang akan membuka tirainya pada 9 September ini pertama kali dianjurkan secara maya.

Tambah Hairol, berdasarkan kaji selidik khas yang diadakan ten-
tang ‘Kesan Covid-19 Terhadap Ekonomi dan Syarikat/Firma Pernia-
gaan – Pusingan 1’, keputusan menunjukkan sejumlah 67.8 peratus
perniagaan rakyat Malaysia tidak membuat jualan ketika Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dari 10 April hingga 1 Mei 2020.

“Bagi perniagaan yang bertahan pula, kira-kira separuh (53.4 per-
atus) sahaja daripada jumlah perniagaan keseluruhan iaitu seba-
nyak 4,094, mampu bertahan antara sebulan hingga dua bulan sepanjang PKP.

Malahan, perniagaan-perniagaan tersebut hanya dapat bertahan
selepas menawarkan potongan gaji separuh bulan terhadap para
Pekerja,” ujarnya.

WHBC 2021 akan menangani perubahan dalam sektor halal yang
membawa transformasi dalam industri berikutan pandemik yang
melanda, selain menerokai pelbagai peluang dan cabaran ke arah
pengurusan dan penggunaan yang lebih baik.

Persidangan tahunan anjuran HDC ini adalah satu acara terkemuka
sebagai platform pemikiran kepimpinan global yang membawa ko-
muniti ke dalam ekosistem halal.

WHBC 2021, yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , kini menjadi satu per kara penting dalam kalendar halal global. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas