Karnival Family Power Yakult tawar ganjaran lebih RM15,000
PELBAGAI kempen kesedaran dan galakkan mengambil minuman probiotik Yakult yang terbukti berkesan untuk menjaga kesihatan usus perut. - Gambar hiasan

Karnival Family Power Yakult tawar ganjaran lebih RM15,000

BAGI menghargai sambutan luar biasa pelanggan terhadap produk minuman probiotik, Yakult kini tampil dengan program interaktif, Karnival Family Power yang boleh disertai seisi keluarga sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Penganjuran julung kali karnival bersempena Hari Terbuka Kilang Yakult secara maya itu, memberi peluang kepada penggemar Yakult berinteraksi dengan syarikat itu secara santai dan selesa dari kediaman mereka.

Menjelas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, acara diadakan 24 September 2021 itu, adalah sebuah rancangan permainan maya dipancarkan secara langsung mulai 8.30 malam hingga 9.30 malam di laman Facebook ERA (@era.je) selain laman Facebook Yakult Malaysia (@yakultmalaysia).

Beliau berkata, inisiatif tersebut diambil sebagai salah satu usaha promosi di samping menghargai sambutan pelanggan Yakult terhadap minuman probiotik yang bermanfaat untuk usus perut.

“Rakyat Malaysia dialu-alukan sertai rancangan permainan maya yang sesuai ini seisi keluarga dengan hanya tiga langkah mudah. Pertama, beli produk Yakult minimum 20 botol dalam satu resit sepanjang kempen ini (14 Ogos – 12 September) secara tunai atau apa saja platform e-dagang.

“ Pelanggan seterusnya perlu ambil gambar resit bukti pembelian (info produk, harga dan tarikh) kemudian muat naik gambar resit di laman yang diakses melalui https://www.yakult.com.my. Peserta perlu beri nama, nombor pengenalan dan telefon serta alamat kediaman atau e-mel.

“Selain itu, peserta disaran nyatakan sebab ingin menyertai rancangan ini. Paling menarik, hadiah ditawar lumayan, juara bakal bawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 manakala naib juara hadiah tunai sebanyak RM5,000,” kata Hamada.

Melalui pendekatan ini, Yakult berharap mampu terus mendidik dan mendorong pengguna untuk sentiasa mengamal pengambilan Yakult secara berterusan bagi kuatkan fungsi usus.

Menurut Hamada, sudah lebih setahun berdepan dengan pandemik memerlukan ibu bapa kerap bekerja dari rumah dan mungkin menjadi sibuk menguruskan pelbagai perkata.

Justeru katanya, rancangan permainan maya ini bertemakan kekeluargaan diharap ibu bapa akan meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti dan berhibur bersama dengan orang tersayang.

Selain itu, seramai 50 penonton bertuah bakal memenangi hadiah tambah nilai e-wallet Touch N Go bernilai RM50 dengan hanya menonton dan jawab soalan kuiz semasa Facebook Live pada 24 September 2021.

Terdapat segmen lawatan Kilang Yakult secara maya, membolehkan penonton melihat sendiri proses pembuatan minuman probiotik Yakult semasa rancangan berlangsung. -WILAYAHKU

CATEGORIES