Utama

Fasa dua PPN: Mesyuarat Jawatankuasa Khas tentukan status Lembah Klang – PM

KADAR lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus. Gambar: Utusan KADAR lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus.
- Diterbit 30 Ogos 2021 2:44 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, katanya ia akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti

“Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas