Selebriti

WAK DOYOK Tutup Kedai, Derma 5,000 Baju Melayu

|WAK Doyok akan mengadakan jualan lelong Shutdown Sale Starvilion bermula 24 Jun ini|WAK Doyok terkilan dengan berakhirnya operasi Starvilion tidak lama lagi.
- Diterbit 22 Jun 2020 10:05 PM MYT

BUKAN mudah untuk menempuhi dugaan besar apabila negara malah seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. 

Antara kesannya adalah kemelesetan ekonomi yang menyebabkan banyak syarikat dan bisnes terpaksa gulung tikar.

Begitulah juga yang berlaku kepada selebriti popular Wak Doyok yang bakal menamatkan bisnes pakaiannya yang dikenali sebagai Starvilion dengan mengadakan ‘Shutdown Sale Starvilion’. 

WAK Doyok akan mengadakan jualan lelong Shutdown Sale Starvilion bermula 24 Jun ini

“Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di Starvilion. 

“Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company (syarikat) pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try (cuba) sekali lagi jualan yang terakhir dari Starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu-jemu sokong Starvilion selama ini. 

“Koleksi yang kami ada semua memang elok dan cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua tolong kongsi dan sokong post ni. Tolonglah dan terima kasih,” katanya yang akan melelong baju serendah RM1 dan bakal mengedarkan 5 ribu pasang baju Melayu secara percuma pada 24 Jun hingga 25 Julai ini. 

WAK Doyok agak terkilan dengan berakhirnya operasi Starvilion tidak lama lagi.

“Starvilion akan habiskan semua stok yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik Starvilion dan di website www.starvilion.com (belian secara atas talian). 

” Kepada para barisan hadapan, jangan lupa datang bawa ID masing masing. Ada harga istimewa untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma. 

“Jualan terakhir Starvilion, Bismillah. Kita tutup dulu, nanti insya Allah kita akan bangkit semula dengan hala tuju yang baru. Insya Allah. Doa-doakan Wak dan team Starvilion,” luahnya di instagram miliknya.

Selain itu, kepada mereka yang tanda (tag) 11 orang kawan di ruangan Komen,  Wak Doyok akan hadiahkan Baju Melayu 11 pasang percuma  untuk pengikut  Wak yang sanggup kongsi post ni. 

Para pemenang akan diumumkan pada setiap hari mulai 24 Jun sehingga 5 Julai depan. 

Kepada orang ramai atau peniaga bolehlah ke Butik Starvilion, Seksyen 7 Shah Alam atau secara atas talian di www.starvilion.com bermula 24 Jun ini hingga 5 Julai ini. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas