Selebriti

Bela Diri, EMELDA Fail Saman Lebih RM 1 Juta Terhadap ZARINA ANJOULIE

|EMELDA Rosmila guntur lebih RM 1 Juta daripada Zarina Anjoulie|ZARINA Anjoulie
- Diterbit 24 Jun 2020 3:38 AM MYT

BELA diri! Itulah yang dilakukan oleh pelakon Emelda Rosmila yang menuntut permohonan maaf daripada pelakon Zarina Anjoulie kerana menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Dalam sebuah  kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Emelda juga menuntut permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di media cetak, Facebook dan Instagram pelakon itu.

EMELDA Rosmila tuntut lebih RM 1 Juta daripada Zarina Anjoulie

Selain itu Emelda turut menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap Zarina termasuk ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang pelakon itu atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.

Isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee itu juga memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina, menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman.

Dia juga menafikan bahawa hantaran di aplikasi Instagramnya adalah fitnah kepada Zarina.

ZARINA Anjoulie

Saman dan tuntutan balas itu diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu dan dia kini menyerahkan perjalanan kes kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran yang sahih.

Konflik antara Emelda dengan Zarina timbul apabila krisis Covid-19 melanda dunia sekali gus memberi kesan kepada industri hiburan tanah air sehingga muncul pertelingkahan sesama penggiat seni. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas