Selebriti

Pelukis Animasi Upin Ipin Meninggal Dunia, Tidak Sempat Jumpa Famili

|BERITA mengejutkan tentang kemalangan Fairul dikongsi menerusi Facebook Les' Copaque||SEBAHAGIAN warganet mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Fairul
- Diterbit 22 Jun 2020 11:46 AM MYT

PELUKIS papan cerita untuk animasi Upin Ipin, Allahyarham Fairul Haida Abdul Rahim telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 20 Jun lalu. 

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh syarikat Les’ Copaque yang menerbitkan Upin Ipin menerusi laman Facebook mereka.

BERITA mengejutkan tentang kemalangan Fairul dikongsi menerusi Facebook Les’ Copaque

Dalam Facebook seorang rakan Allahyarham  telah memaklumkan bahawa Fairul sedang dalam perjalanan menuju ke  utara berdasarkan status yang dimuat naik arwah di Facebooknya.

Menurut rakannya lagi, Fairul sedang dalam perjalanan untuk bertemu keluarganya  di kampung dan hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia kemalangan ketika memandu kereta sendirian menuju ke kampung.

SEBAHAGIAN warganet mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Fairul

Rata-rata warganet di Facebook Les’ Copaque meluahkan rasa sedih atas pemergian orang kuat di sebalik jalan cerita Upin Ipin.

Mereka mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Fairul dicucuri rahmat. – WILAYAHKU

Sumber: Facebook Les’ Copaque Sdn.Bhd

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas