Berita

VAKSIN: 434,828 dos diberikan semalam, tertinggi setakat ini – Dr Adham

JUMLAH pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan, semalam. Gambar - Twitter KKM
- Diterbit 15 Julai 2021 3:12 AM MYT

JUMLAH pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan semalam, iaitu jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb adalah sebanyak 12,647,558 dos.

“Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas