Berita

COVID: 11,618 kes baharu hari ini, tertinggi sejak pandemik melanda negara – KP Kesihatan

PERKEMBANGAN baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 14 Julai 2021 9:06 AM MYT

ANGKA kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan sebanyak 11,618 kes, iaitu rekod harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567, manakala tiga negeri mencatatkan kes baharu empat digit hari ini ialah Selangor 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749) dan Negeri Sembilan (1,537).

Negeri lain pula merekodkan kes bawah 1,000 iaitu Melaka dengan 526 kes; Kedah (504); Pahang (400); Johor (396); Sarawak (289); Sabah (286); Kelantan (236) dan Pulau Pinang (210).

“Bagi Terengganu sebanyak 189 kes, Perak (164), Putrajaya (40), Labuan (38), manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya menerusi ciaptan di Twitternya hari ini.

Hari ini, jumlah kes baharu sekali lagi melepasi angka 11,000 selepas sebanyak 11,079 direkodkan semalam. — BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas