Berita

Utusan bayar gaji pendahuluan pekerja malam ini

Utusan logo
||
- Diterbit 20 Ogos 2019 11:18 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Akhbar berbahasa Melayu tertua, Utusan Melayu (Utusan Malaysia) Bhd. tidak akan menutup operasinya.

Perkara itu disuarakan Pengerusi Eksekutif syarikat akhbar itu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir semasa sesi taklimat bersama perkeja dan bekas pekerja diadakan petang tadi.

Akhbar yang ditubuhkan pada 1939 itu sebaliknya akan membayar gaji pendahuluan sebanyak RM2,000 kepada pekerjanya selewat-lewatnya malam ini.

Menurut sumber dalaman akhbar terbabit, keputusan bayaran dibuat selepas melihat kemampuan semasa kewangan syarikat.

“Bayaran tersebut akan ditolak daripada jumlah gaji bersih yang tertunggak,” jelasnya.

Tambah sumber itu lagi, diharapkan bayaran pendahuluan berkenaan dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang sedang dihadapi warga Utusan Malaysia.

Semalam, pekerja dan bekas pekerja Utusan mengadakan piket berhubung masalah gaji yang dihadapi mereka di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas