Berita

Ustaz Abdul Somad datang Putrajaya pula malam ini.

USTAZ Abdul Somad akan tampil pada Ceramah Perdana sempena program Prima Dakwah Wilayahku di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya malam ini (Isnin).
- Diterbit 3 Februari 2020 4:53 AM MYT

MALAM tadi program Prima Dakwah Wilayahku yang menampilkan penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras mendapatkan sambutan kira-kira 3,000 orang.

Bagi mereka terutamanya warga Putrajaya yang tidak berkesempatan menghadiri ceramah Ustaz Abdul Somad, jangan risau kerana malam ini (Isnin),  beliau akan hadir pada Ceramah Perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi di Presint 3, Putrajaya.

MASJID Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Jadi apa lagi jangan lepaskan peluang untuk mendengar titipan nasihat daripada penceramah terkenal itu.

Program Prima Dakwah Wilayahku yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 itu dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin serta doa selamat, solat Isyak dan kemudian disusuli Ceramah Perdana.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad dijadual hadir pada Ceramah Perdana tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas