Berita

Unit Laksana pelancar inisiatif Prihatin

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
- Diterbit 6 April 2020 10:12 AM MYT

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan Unit Laksana di bawah Kementerian Kewangan bagi memastikan semua inisiatif Prihatin dan Prihatin Tambahan dilaksanakan dengan cepat dan lancar.

Unit tersebut akan sentiasa memantau dan melaporkanperkembangan pelaksanaan semua inisiatif kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, untuk menyokong penyampaian inisiatif Prihatin, portal imsme.com.my yangdikendalikan Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan sokongan BankNegara Malaysia (BNM) bersedia untuk menerima permohonan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jelas beliau, selain daripada memohon pinjaman terus daripada institusi perbankan, pengusaha PKS juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan pinjaman melalui portalIMSME.

“Portal ini juga menyediakan khidmat myKNP, iaitu khidmat nasihatpembiayaan untuk PKS.Dalam kalangan perusahaan mikro dan kecil, kerajaan juga mengambil kira kesan keatas syarikat baru mula di mana sumber pelaburan syarikat turut terjejas.

“Syarikat startups merupakan faktor pemboleh atau enabler serta pendorong yangpenting kepada penggunaan teknologi dan kemajuan potensi modal insan bagimenyediakan negara ke arah IR 4.0.

“Menyedari kepentingan startups, kerajaan akanmempertimbang pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor ini dalam tempoh yangsukar.Saya berharap Pakej Prihatin Tambahan ini akan dapat melindungi pekerjaananda semua di samping menjamin daya tahan perniagaan,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin memberitahu, kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yangtinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal.

Tambah beliau, kerajaan akan membentangkan RangUndang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomiyang diumumkan serta memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa telus dalamberbelanja dan semua tindakan yang diambil adalah berasaskan kepada peruntukanundang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas