Berita

UniKL terus gah di puncak liga

PASUKAN UniKL sedia beraksi Rabu ini.
- Diterbit 10 Februari 2020 9:24 AM MYT

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj fokus dengan perlawanan menentang Nurinsafi, Rabu ini.

Malah, dia meletakkan harapan yang tinggi pada perlawanan tersebut setelah UniKL beroleh kemenangan ke-11 liga apabila menewaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolts 3-1 di Stadium Hoki Tengku Abdullah malam tadi.

“Ia perlawanan yang tenang dan kami gembira dapat terus maju tanpa sebarang kecederaan. Tumpuan kita sekarang adalah pada perlawanan menentang Nurinsafi.  Mereka mempunyai set pemain yang muda dan bermain keras,” ujarnya.

Terdahulu, pemain import dari Belanda, Roel Bovendeert menjaringkan gol pertama pasukan UniKL pada minit ke-17 menerusi jaringan padang apabila menyempurnakan hantaran pemain Baljit Singh. Jaringan ini merupakan gol ke-10 Bovendeert dalam 10 penampilan bersama pasukan UniKL musim ini.

Kemenangan ke-11 dalam saingan liga ini membolehkan pasukan UniKL mengumpul 33 mata dengan 5 mata dihadapan pencabar terdekat mereka, TNB. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas