Berita

UiTM-McDonald’s Malaysia meterai kerjasama demi anak muda

SESI pertukaran MoU antara Roziah dan Azmir disaksikan Ahmad Masrizal (belakang) di Shah Alam baru-baru ini.
- Diterbit 19 Jun 2022 9:00 AM MYT

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) dan McDonald’s Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Program Perantis McDonald’s.

UiTM dan McDonald’s menjalin kerjasama dalam tiga program iaitu Management Apprentice Program (MAP), Graduate Employability Program (GEP) dan Internship Pogram (IP).

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor, program tersebut selari dengan agenda terkini UiTM bagi memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan agar senada dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi.

“Visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global,” kata beliau.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia berhasrat melaburkan RM300 juta untuk program-program latihan dan pembangunan.

Terdahulu, majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad diserikan dengan kehadiran 20 anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari/Rumah Amal Bestari Shah Alam dalam program komuniti ‘Raikan Senyuman’ kerjasama antara UiTM dan Ronald McDonald House Charities (RMHC). -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas