Berita

Tunggu keputusan 31 Disember ini – BAM

KENNY
- Diterbit 23 Oktober 2019 11:03 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – “Jangan buat sebarang spekulasi.”

Demikian kata Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh berhubung keputusan sama ada mengekalkan atau menggugurkan pemain pada 31 Disember nanti selepas proses penilaian dilakukan.

Jelasnya, kesemua pemain masih baru dalam proses pertandingan dan banyak lagi kejohanan yang akan disertai.

“Selain daripada Terbuka Perancis, kita ada Terbuka China, Hong Kong dan Korea Masters. Jadi, kita tunggu lah.

“Semua pemain termasuk jurulatih juga tahu yang kita akan buat penilaian pada 31 Disember malah pemain sedar tentang petunjuk prestasi utama (kpi) yang ditetapkan untuk mereka,” katanya.

Kenny turut menyatakan bahawa penilaian akan dibuat dengan adil.

Sebelum ini, media melaporkan proses penstrukturan semula dilakukan dan pemain sedar yang mereka sedang melalui proses penilaian sebelum badan induk itu membuat keputusan sama ada mengekalkan atau menggugurkan satu-satu pemain pada 31 Disember nanti.

Ia sebagai langkah pertama untuk melaksanakan Projek 24 iaitu hala tuju baru BAM bagi memastikan Malaysia meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan hanya yang terbaik saja kekal berada di dalam badan induk itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas