Utama

Pelajar China maut dihempap pokok hadapan UM

SEBUAH kereta rosak dan kemek akibat dihempap pokok tumbang di hadapan UM petang tadi.
- Diterbit 23 Oktober 2019 12:25 PM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar warga China maut akibat dihempap sebatang pokok di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) di sini petang tadi.

Mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Ramzan Muhammad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai pada pukul 5.31petang.

Ekoran itu, sepasukan anggota penyelamat dihantar ke tempat kejadian.

“Turut bersama adalah pasukan operasi jentera dari BBP Seputih serta satu jentera LFRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan orang anggota.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian pada pukul 5.44 petang, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat dihempap pokok,” katanya.

Mohd. Ramzan memberitahu, kejadian pokok tumbang juga menyebabkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran rosak akibat dihempap pokok. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas