Berita

Tun M pangku jawatan Menteri Pendidikan

SIARAN MEDIA SIARAN MEDIA
- Diterbit 10 Januari 2020 7:05 AM MYT

MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI/PIX
[email protected]

KUALA LUMPUR – Kabinet bersetuju Tun Dr. Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Perdana Menteri akan memangku jawatan tersebut sementara sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.

Keputusan tersebut dibuat berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas