Berita

Tubuh besar, UAE punyai kelebihan fizikal

SAFAWI baru selesai menjalani latihan pra-musim di UAE bersama kelabnya Johor Darul Ta’zim (JDT).
- Diterbit 4 Februari 2020 8:12 AM MYT

KUALA LUMPUR – Tonggak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid mengakui pasukannya perlu berwaspada dengan kelebihan fizikal pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurutnya, kelebihan fizikal pemain UAE semestinya akan menjadi antara halangan yang perlu diatasi pemain negara menjelang pertemuan dalam Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 26 Mac ini di tempat lawan.

“Perkara itu dilihat antara halangan utama kerana fizikal pemain Timur Tengah yang agak besar seterusnya sukar untuk mengatasi mereka jika bertubuh kecil.

“Hal terbabit menjadi penganjaran kepada saya untuk mempertingkatkan lagi teknik permainan bagi mengatasi mereka pada perlawanan menentang UAE nanti,” ujarnya.

Dalam pertemuan pertama menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu, skuad bimbingan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe itu tewas tipis 1-2.

Gol pasukan Malaysia dijaringkan pemain penyerang, Syafiq Ahmad. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas