Berita

Coronavirus: DBKL serah topeng muka kepada gelandangan

PETUGAS DBKL menyerahkan topeng muka kepada gelandangan semalam.
- Diterbit 4 Februari 2020 8:07 AM MYT

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, membuat edaran topeng muka kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan (PTG) dan Pusat Gelandangan Medan Tuanku (PGMT) di sini.

Program tersebut merupakan inisiatif DBKL yang mendapati golongan terbabit amat terdedah dengan persekitaran yang terbuka dan memungkinkan mereka dijangkiti selain bertujuan mengelakkan penularan wabak Novel Coronavirus.

Pengedaran yang dilakukan pada 3 Februari lalu melibatkan 150 orang di PGMT dan 50 orang di PTG dengan jumlah keseluruhan 200 topeng muka.

Mereka juga telah diberi penerangan dan cara pemakaian topeng yang betul. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas