TRONSERVE Elak Peniaga Jadi Mangsa Scammer Melalui Laman Web DIY

TRONSERVE Elak Peniaga Jadi Mangsa Scammer Melalui Laman Web DIY

PENIPUAN membabitkan urus niaga dalam talian di Malaysia dilaporkan semakin meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kebanyakannya adalah membabitkan urusan jual beli menerusi media sosial. 

Menyedari hal ini, syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia,Tronserve (M) Sdn. Bhd. menganjurkan laman web berkonsepkan DIY (do it yourself) boleh membantu para peniaga daripada ditipu atau menjadi mangsa penipuan jenayah siber. 

Pengasas Tronserver, Datuk Allan Goh berkata, laman web itu lebih selamat digunakan terutamanya semasa urusan jual beli dalam talian dilakukan antara penjual dan pembeli.

“Tidak dinafikan, lebih ramai yang suka berniaga menggunakan media sosial dengan cara pembayaran secara pemindahan wang dalam talian atau bank in. 

“Namun, berniaga menggunakan Tronserver adalah lebih sistematik dan memudahkan lagi pelanggan untuk berurus niaga. Ini kerana, pembayaran boleh dilakukan dalam laman web tersebut.

“Apa yang lebih penting laman web ini dijamin lebih selamat dan melindungi keseluruhan pengurusan perniagaan  daripada ditipu atau menjadi mangsa scammer.

“Saya tahu, jenayah penipuan ini sangat merisaukan mereka yang berniaga atas talian,” katanya 

Tambah beliau lagi, laman web tersebut memiliki ciri e-dagang yang selamat bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi pembayaran selain fungsinya juga tidak terhad untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berbanding menggunakan platform instagram dan facebook.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran platform laman web berkonsepkan DIY  dan aplikasi mesyuarat maya pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Tronserve Link di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Dr. Keith Ooi Kuan Keat, Ketua Pegawai Pemasaran, Arash Abdullah serta International Protocol PDRM Bahagian Lawatan VIP dan Pameran, Inspektor Shahira Najia Datuk Mohammad Jamil.

Pengasas Tronserver, Datuk Allan Goh (dua kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tronserver, Dr Keith Ooi Kuan Keat (dua kanan), Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Muhammad Arash Abdullah (kanan) dan International Protokol PDRM Bahagian Lawatan VIP dan Pameran, Inspektor Shahira Najia Binti Datuk Mohamad Jamil (kiri) menunjukkan laman web Tronserve pada Pelancaran Laman Web Konsep DIY di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Laman web berkonsepkan DIY ini juga dilancarkan tepat pada waktunya ketika rakyat masih dalam tempoh PKPP.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Arash Abdullah menjelaskan, bagi individu, laman web tersebut boleh dijadikan platform terbaik untuk mencari peluang pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan serta menimba ilmu kerana ia menawarkan peluang kepada tenaga pekerja bertukar bahan pembelajaran secara online.

“Laman web ini bersesuaian untuk golongan usahawan khususnya daripada kategori PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) untuk mempromosikan dan menjalankan transaksi perniagaan bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum. 

“Ia juga boleh dijadikan sebagai direktori untuk meningkatkan imej PKS dengan memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai syarikat,” ujarnya.

Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Muhammad Arash Abdullah memberi penerangan mengenai laman web DIY dan aplikasi mesyuarat maya, Tronserve Link pertama di Malaysia.

Orang ramai boleh memiliki laman web berkonsepkan DIY yang ditawarkan pada harga serendah RM30 sebulan, berbanding kos yang menelan ribuan ringgit jika melantik konsultan untuk membangunkan sesebuah laman web.

Selain itu, mengulas mengenai Tronserve Link, ia juga merupakan platform buatan anak tempatan yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengadakan mesyuarat atau interasi secara maya ekoran pandemik Covid-19 yang telah memaksa masyarakat kini beralih kepada konsep bekerja dari rumah. – WILAYAHKU

 

CATEGORIES
TAGS