#ywp #bantuanawalipt #ipta #ipts

Berita

Pelajar sebak terima bantuan YWP

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) terus komited membantu pelajar yang kurang berkemampuan menerusi Skim Bantuan Awal IPT bagi meringankan beban mereka sebelum melangkah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Terbaharu, empat orang pelajar terpilih teruja menerima bantuan kewangan secara one-off yang disifatkan amat membantu mereka untuk membiayai kos persiapan kemasukan ke IPT.