
Lebih 20 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan syarikat pengendali umrah
SEBANYAK 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa. Beliau berkata kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Rohaimi berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan