Berita

Nur Sajat: Jakim mohon kerjasama JAIS

19 Dis -- Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman
- Diterbit 13 Februari 2020 2:24 AM MYT

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memohon Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan isu berkaitan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang sebelum ini menjadi kontroversi apabila tampil bertelekung semasa menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya berkata, langkah itu adalah bagi memastikan kerja yang dilakukan adalah bijaksana, hikmah dan tuntas.

”Kali ini kita telah mohon kerjasama@JAISelangor untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor,” katanya dalam ciapan Twitternya pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika memberikan reaksi kepada pautan Twitter laporan sebuah akhbar yang memetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajat Kamarul Zaman sedia bekerjasama dengan Jakim bagi menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi.

Ini susulan kontroversi yang tercetus ketika  dia mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Kontroversi itu menarik perhatian banyak pihak termasuk menteri dan mufti malah mencetus kebimbangan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) jika Arab Saudi menarik balik penggunaan visa pelancongan kepada jemaah Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas