
Ekonomi Madani tingkat kualiti hidup rakyat
INISIATIF Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mampu memberi impak berganda memandangkan ia merangkumi ketiga-tiga aspek penting iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Penganalisis ekonomi, Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Samad berkata kesemua aspek tersebut merupakan tiang utama untuk negara mencapai Matlamat Pembangunan Mampan