
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari
SEBANYAK 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini. Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan yang dikesan membabitkan tiada Lesen Memandu Malaysia (LLM) sebanyak 6,380 saman, tiada Lesen Kenderaan