#rajaafiq

Berita

RAJA AFIQ Sah Suami Kepada Anggota Polis

PELAKON popular Raja Afiq,26, kini sah  suami kepada anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31, dengan sekali lafaz.  Pasangan suami isteri ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu, di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.