
Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Labuan
KUMPULAN pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebanyak 4,680 dos dari Kota Kinabalu, Sabah selamat tiba di Terminal Feri Ro-Ro Labuan hari ini. Selepas feri Kimanis 1 berlabuh di jeti terminal kira-kira 9.50 pagi, pekerja DHL Express dilihat memindahkan vaksin berkenaan ke dalam trak yang sedang menunggu dengan pengawasan oleh anggota polis Labuan.