
Anwar semak perincian Belanjawan pastikan penyampaian terbaik
PERDANA Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ia juga bertujuan memastikan permasalahan rakyat disantuni dengan cekap dan adil. “Langkah ini penting bagi memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat serta golongan masyarakat yang disasarkan kerajaan,”