Utama

Loke, Saifuddin Nasution dan Dzulkefly anggotai Jawatankuasa Khas Darurat

- Diterbit 21 Januari 2021 5:07 AM MYT

PEMBANGKANG telah memberi tiga nama bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas untuk membuat pengesyoran kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dalam kenyataan berkata tiga nama tersebut adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Hari ini Saifuddin Nasution telah menghantar satu surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)  Datuk Takiyuddin Hassan untuk maklumkan bahawa pihak Pembangkang akan memberi tiga nama bagi tujuan tersebut,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu diwakili oleh Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung Keadilan), Datuk Dr Hatta Ramli (Setiausaha Agung Amanah) dan Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas