
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
KERAJAAN telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata strategi itu meliputi aspek penambahan kapasiti, peningkatan kecekapan dan produktiviti, serta transformasi ke arah pelabuhan hijau rendah karbon. “Kementerian Pengangkutan yakin prestasi pelabuhan utama