
Pergerakan penumpang MAHB berkembang 7.6 peratus pada April 2024
PERGERAKAN penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya. Pengendali lapangan terbang itu memaklumkan prestasi trafik berjumlah 7.6 juta penumpang merentasi lapangan terbang tempatannya di Malaysia pada bulan itu, naik lapan peratus berbanding Mac 7.1 juta.